Bahasa sebagai faktor perpaduan Bangsa_Han

Walaupun terdapat banyak loghat bahasa tuturan Cina, salah satu faktor dalam perpaduan bangsa Han ialah bahasa tulisan Cina. Perpaduan ini diberikan penghargaan kepada dinasti Qin yang menyatukan berbagai-bagai bentuk tulisan yang wujud di China pada masa itu. Selama beribu-ribu tahun, bahasa Cina kesusasteraan telah dipergunakan sebagai format penulisan piawai yang menggunakan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang amat berbeza dengan pelbagai bentuk bahasa tuturan Cina.

Sejak dari abad ke-20, tulisan Cina biasanya merupakan tulisan bahasa vernakular Cina yang berdasarkan sebahagian besarnya pada loghat bahasa Mandarin, dan bukannya loghat tempatan penulis (kecuali penggunaan tak rasmi bahasa tulisan Kantonis). Oleh itu, walaupun penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan yang berbeza tidak semestinya memahami pertuturan antara satu sama lain, mereka memahami tulisan masing-masing.